Saturday, 20 September 2014

~ Mealshake Tidak Selamat untuk Kanak-kanak ~


Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:


~Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
~Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
~Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
~Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

jadi kenapa ada yang mengatakan mealshake tidak selamat untuk kanak-kanak?


isu 1:
mealshake shaklee ada maltodextrin 
isu utama yang dikatakan adalah mealshake shaklee mengandungi maltodextrin di dalamnya.jadi sebelum melalut/ meroyan menuduh mealshake tidak selamat kenelah cek dan tengok dulu apa itu maltodextrin

maltodextrin adalah bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickneker" atau "filler" tapi hakikatnya maltodextrin adalah sejenis karbohidrat comlpex yang biasanya diekstrak dari beras,jagung,kentang ,barli dan gandum.jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang.ia diekstrak dari makanan asas kita juga.ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti mealshake shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai  indexs glisemik yang tinggi.


memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan mengandungi indeks glisemik yang tinggi maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukarkan menjadi "glucose" di mana jika tidak digunakan oleh sel  badan,ia akan bertukar menjadi lemak.itu sahaja keburukkan maltodextrin makanya jika nak ambil makanan yang mengandungi maltodextrin yang tinggi ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu tubuh badan anda memerlukan sugar atau "glukose" dengan cepat dan maltodextrin boleh bekalkan kepada badan anda.


untuk info mengenai maltodextrin  anda boleh jenguk link ini- WHAT IS MALTODEXTRIN? dan IS MALTODEXTRIN BAD FOR YOU?.


isu 2 :kandungan gula "sugar" dalam mealshake shaklee:
isu kedua yang hangat diperkatakan adalah soal sugar  dalam mealshake.ia menjadi isu kerana di pelekat "ingredient pada mealshake ,tertulis untuk servings per 100 g ,mealshake shaklee membekalkan 47.1 g gula "sugar" yang agak tinggi untuk kanak-kanak.



ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100 g mealshake shaklee setiap hari.tetapi panduan pada botol mealshake shaklee sudah tertulis serving saiz yang dicadangkan hanyalah 34 g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula ..memang shaklee sendiri tidak suruh ambil 100 g sehari shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu persamaan 1/4 cup ..

jadi adakah mealshakee shaklee yang tidak selamat atau kita tidak ikut panduan makan yang betul?


isu 3:mealshake tidak sesuai untuk anak bawah umur 4 tahun atau 6 tahun?

jika di tanya kebanyakkan pengedar ramai yang akan jawab mealshake shaklee boleh diberi kepada anak berusia setahun ke atas.jadi isu ke 3 yang timbul adalah shaklee tidak pernah mengatakan yang ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun.apa yang anda harus tahu ,serving size 34g yang dicadangkan shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya belum matang.di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri.untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun jika mahu diberikan mealshake shaklee kita ada panduan  pengambilan yang khusus.panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang.

NAK tahu cara pengambilannya? sila hubungi pengedar shaklee anda.jika anda cutemer sy ,pasti sy akan berikan pada anda ;-).

tapi pada sy itu bergantung pada penilaian ibu ,jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan mealshake shaklee  yang betul mengikut umur anak anda,usah berikan kepada anak anda.tapi jika anda yakin ,pastinya mealshake shaklee untuk kesihatan harian anak anda.


jadi harapnya terjawablah isu melashake shaklee tidak selamat ni...pada sy terpulang pada ibu itu sendiri.

HUBUNGI SAYA
jamatol
0197504677

Shaklee Sokong Israel???




Sudah lama sebenarnya timbul isu Shaklee menyokong Israel, menyalurkan sumbangan kepada kerajaan Israel bagi membeli senjata-senjata yang digunakan dalam membunuh saudara Islam kita di Palestin.

MasyaAllah… itu ke sebenarnya yang dilakukan oleh Shaklee? Macam tu marilah kita sama-sama boikot produk Shaklee sebab jual produk Shaklee, beli produk Shaklee sama lah macam kita sendiri meletakkan tangan dalam penderitaan saudara Islam kita di Palestin.

Ikutkan hati malas nak ulas isu ni sebab kita semua manusia yang dianugerahkan mata untuk membaca, telinga untuk mendengar dan akal oleh Allah untuk berfikir, membuat pertimbangan dan membuat keputusan sendiri. Bukannya sekadar dengar cakap-cakap dan fitnah orang.

“Alaaa, memang la kau cakap macam tu sebab kau sendiri pengedar Shaklee”. Ya memang artikel ini dibuat atas kesedaran saya sebagai pengguna dan pengedar Shaklee. Maka tugas saya untuk didik pembaca yang mahu buka mata pada kebenaran tentang fakta sebenar.

Shaklee adalah sebuah syarikat nutrisi yang sudah wujud sejak tahun 1958. Ya, Shaklee berpusat di Amerika Syarikat, antara negara sekutu kuat Israel. Begitu juga negara jiran kita Singapura yang diberi jolokan Tangan Israel Asia Tenggara. Tapi berapa ramai rakyat kita yang melancong ke Singapura, menyumbang kepada pelbagai sumber pendapatan Singapura. Tidak mustahil kan ada yang disalurkan ke Israel atas dasar hubungan diplomatik erat Singapura-Israel?

Ini bukan tentang Singapura. Ini tentang Shaklee. Ya Shaklee berpusat di Amerika Syarikat. Seluruh dunia tahu Amerika sekutu kuat Israel. Tapi di manakah letaknya kedudukan Shaklee di dalamnya?

TIADA KAITAN

Kenapa? Sebab Shaklee adalah sebuat syarikat nutrisi yang memasarkan produk-produk kesihatan melalui pengedar. Jadi siapa yang dapat untung dari jualan? Ya memang ada bahagian Shaklee dapat tapi sebahagian besar pengedar sendiri yang dapat melalui bonus bulanan dan pelbagai insentif lain. Apa pengedar nak buat dengan bonus tu, itu terpulang kepada pengedar sendiri.

Apa yang Shaklee buat dengan bahagiannya? Salurkan pada Israel? Tidak, anda salah. Selain untuk urusan syarikat dan pekerjanya, Shaklee gunakan untuk penyelidikan produk. Shaklee menjalankan 100,000 ujian kualiti dan setiap bahan mentah yang digunakan perlu melalui 350 ujian berasingan. Itu yang Shaklee buat dengan duitnya. Bukan pergi salurkan pada Israel. Kerana itu juga, produk Shaklee sentiasa berubah, bertukar formula, ditambahan bahan baru. Semuanya hasil penyelidikan untuk pastikan kualiti produk terjamin dan produknya 100% berkesan.

Tidak salah untuk rasa musykil. Tidak salah untuk bertanya. Tapi salah untuk menyebarkan fitnah dan menuduh orang menyokong Israel hanya semata-mata menggunakan produk yang kilangnya bertapak di Amerika. Tidak mungkin kami para pengedar Shaklee sanggup teruskan jika benar kami turut menyumbang dalam penderitaan saudara Islam kami di Palestin.

Tapi apa yang pasti, dengan bonus yang kami terima itu kami mampu salurkan ke tabung-tabung untuk membantu saudara Islam kami di Palestine. Yang dok mencanang fitnah tu pun belum tentu menyumbang kan?

Di zaman sahabat dulu, Saidina Othman pernah membeli sebuah pergi dengan harga yang sangat mahal dari seorang Yahudi kerana itulah satu-satunya sumber air yang ada. Kemudian diwakafkan telaga itu untuk kegunaan orang ramai. Dari situ kita boleh lihat hatta nak membeli dari orang Yahudi pun tak salah. Tapi point utamanya itulah kelebihan berduit. Kita boleh gunakan semula untuk membantu saudara Islam kita.

Jadi bukalah mata. Gunakan kelebihan akal yang Allah beri untuk buat pertimbangan sendiri. Bukan sekadar dengar cakap orang dan tolong sebarkan fitnah yang tidak betul. Anda tidak mahu menjadi sebahagian dari Shaklee, itu hak dan pilihan anda.

Ayuh doakan keselamatan para pejuang Islam dan sudara Islam kita di Palestine, ayuh bersama menyumbang untuk meringankan penderitaan mereka di sana.

Aman Palestine
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922


Kredit to Master Aimi

Friday, 19 September 2014

Cara Menentukan Kesuburan Wanita Bagi Memudahkan Proses Kehamilan


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai matlamat untuk mendapatkan anak. Tidak kiralah samada menimang anak dengan cepat, memiliki anak yang ramai atau apa sahaja yang pastinya perancangan yang berkaitan dengan cahayamata.

Hakikatnya, isu anak ini adalah merupakan takdir dari Tuhan. Sebagaimana urusan ajal maut, jodoh dan rezeki di tangan-Nya, maka begitu juga dengan urusan anak, ianya adalah rezeki yang datang dari Allah.

Apapun, kita selaku hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.

Kali ni jom kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku.

Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Agak susah dan kompleks sebenarnya kitaran haid ini. Ini disebabkan kitaran haid setiap wanita itu adalah tidak sama, dan ada yang normal juga tidak normal. Secara puratanya kitaran haid wanita adalah 28-30 hari.

Terdapat  4 fasa sepanjang kitaran haid.

 

Kitaran haid

 


Fasa 1 : Hari 1-7 – Pengeluaran Haid (menstruation)
 Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Fasa 2 : Hari 8 -11 – Follicular
Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Fasa 3: Hari 14 – Ovulasi
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Fasa 4 : Hari 15-28 – Luteal / Secretory
Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Justeru, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri adalah pada hari ovulasi berlaku dimana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya.  Ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya.

Katakanlah, kitaran haid anda adalah:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur

30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur

35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasafolicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang berubah-ubah, anda boleh mencuba GLA Complex dari Shaklee, yang berfungsi untuk membantu menstabilkan hormon anda.Boleh lihat sini untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex.


vitamin kesuburan
GLA Complex

Berikhtiarlah sebelum TERLAMBAT!!

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Hulu Langat, bole COD sekitar kajang, cheras, ampang. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

0197504677 jamatol

Saturday, 13 September 2014

BADAN LANGSING, STOK SUSU MERIAH DENGAN SHAKLEE....

 Badan Langsing, Stok Susu Meriah Dengan Shaklee 

Bila mengandung badan memang naik mendadak tapi bila dah bersalin nak diet takut pula susu merudum.. Kesian pulak baby..Nak ambil produk sliming bimbang pulak bahannya ada kesan sampingan pada bayi..

Tapi jangan risau..SUPPLEMENTS SHAKLEE bukan sahaja selamat malah dapat membantu mengatasi kedua-dua masalah tersebut..SUSU MERIAH, SI IBU SLIM ,SI ANAK KENYANG!

Set sliming untuk ibu menyusu mengandungi:

ღ Omega/ Lecithin --> Membantu membakar lemak dalam badan dengan lebih cepat
ღ Alfalfa --> Detox & mengeluarkan lemak keluar dari badan. Juga sebagai pencetus kilang susu menghasilkan susu.
ღ ESP --> Protein yang membantu ibu mengawal nafsu makan, memberi rasa kenyang berpanjangan dan membina otot supaya badan tidak menggeleber bila lemak dibakar habis. Bonus ia sebagai milkbooster menjadikan susu ibu lebih pekat dan banyak.

Bonus bagi si ibu, muka berseri-seri malah keintiman bersama suami bertambah dengan alfalfa tau. Kenapa? Sebab alfalfa ni berfungsi seperti kacip fatimah sebagai perapat.

PM untuk price 
0197504677


NAK CANTIK?? TAPI BAJET KECIL.... BOLEH AJE....

 Kulit Halus Awet Muda Tanpa Belanja Besar 

"Syoknya set skin care Shaklee ni. Kulit makin glowing, cerah sekata, dan yang paling best jerawat dibelakang badan sudah tiada!"

Itu luahan kegembiraan Lyana dari Klang yang sangat berpuas hati dengan set kecantikan Shaklee. Dengan hanya pengambilan seawal dua minggu sudah nampak kesan yang positif. Syukur Alhamdulillah Shaklee tidak pernah mengecewakan pelanggan-pelanggan saya.

Apa kandungan Set Skin Care yang meletop ni?

ღ Vit C Sustain Release

✎Mencantikkan kulit, menjadikan kulit yang cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi punca utama jeragat.
✎Membentuk kolagen yang menjadikan kulit lebih anjal, tegang, tidak berkedut dan paling utama tidak kendur dan melayut. Jadi kulit tambah awet muda

ღ B-Complex
✎ 'B' untuk Beauty
✎Mengelakkan penuaan.
✎Kekurangan mana2 jenis vitamin B boleh menyebabkan kekeringan kulit, dermatitis, kedutan, jerawat, ruam, keguguran rambut dan masalah kuku.

ღ E Complex
✎Menjadikan struktur kulit lebih halus, gebu dan cerah serta menaikkan seri wajah.
✎Membantu mengatasi masalah kulit sensitif, jeragat parut dan dan jerawat pada wajah dan badan.
✎Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
✎Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah nipple melecet.
✎Dikenali sebagai 'Vitamin Cinta' merapatkan keintiman/ hubungan suami isteri.

Hanya dengan 3 jenis vitamin dan akan mendapat kecantikan dari luar dan dalam. Bukan sahaja masalah kulit akan selesai dan wajah tampak halus, cerah berseri dan awet muda, tetapi kesihatan dalam juga akan meningkat. Kenapa? Vitamin C tingkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit, meneutralkan toksin dalam darah punca penyakit. Vitamin E bakar lemak dan kolesterol dan melawan sel kanser.

Nak kulit cantik? PM ya 

019 7504677

MATOL