Wednesday 1 October 2014

MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Senang dan Mudah!

KEBAIKAN WATER PITCHER!

1) menepati piawaian kualiti air dari WQA ( water quality association)
2) mampu membersihkan kandungan plumbum hingga 99%, juga termasuklah klorin, kadmium tanpa menghilangkan mineral penting lain
3) mampu menapis sehingga 303 liter air- 80 gallon
4) dapat menjimatkan wang. Harga air yang pasti lebih murah daripada membeli air mineral atau air reverse osmosis
5) Ringan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja
6) Mudah untuk digunakan, hanya perlu memasukkan air paip kedalam jug air yang mempunyai penapis karbon tersebut. Tiada penyambungan paip diperlukan
7) Jug air penapis PERTAMA di Malaysia, juga yang TERBAIK di Amerika Syarikat berbanding jenama lain



Mengapa Ibu Harus Menyusukan Anak Menurut Perspektif Islam…

Mengapa Ibu Harus Menyusukan Anak Menurut Perspektif Islam…

Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Anak adalah pelengkap dan penyeri sesebuah keluarga dan penyambung zuriat keturunan. Bagi ibu hamil saat si kecil menendang perut ibu adalah pengalaman terindah dalam hidup. Saat bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan, mana-mana ibu pasti berkata “Tiada rasa sakit sehebat sakit melahirkan anak”.
Saat lahirnya si kecil dan diletak dalam dakapan ibu, automatik hilang semua rasa sakit tadi. Yang ada hanya air mata kegembiraan apabila melihat wajah si comel. Dan bermulalah tugas paling murni buat si ibu iaitu menyusukan anak.
Penyusuan susu ibu ini ada banyak kelebihan yang tersurat dan tersirat. Malah penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pendidikan terawal yang diterima oleh anak. Peranan mendidik anak melalui proses penyusuan ini hanya dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kaum wanita kerana naluri keibuan dan sifat penyayang yang ada dalam diri seorang wanita.
Secara azalinya, seorang bayi mempunyai naluri yang kuat untuk menyusu dari payudara ibunya. Penyusuan susu ibu apabila dimulakan sebaik kelahiran memberi manfaat besar kepada kesihatan (jasmani) dan rohani bayi kecil tadi. Dari sudut kesihatan kolostrum memberi antibodi yang amat diperlukan bayi untuk ketahanan diri di awal-awal kelahiran. Dari sudut rohani pula, bayi akan rasa selamat dan dilindungi setelah melalui saat-saat getir kelahiran. Malah bayi akan segera merasakan kasih sayang si ibu dalam dunia asing yang serba baru baginya.
Maka sebab itulah, penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak). Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba  yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”
(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)

Subhanallah betapa mulianya ibu yang menyusukan anak ni. Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T buat ibu-ibu yang menunaikan kewajipan untuk menyusukan anak. Malah saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid di mana ustaz itu memberitahu seorang ibu WAJIB menyusukan anaknya jika dia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.
Malah dalam riwayat lain ada diceritakan dengan terperinci bahawa salah satu seksa kubur adalah wanita yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu ada disebutkan Rasulullah S.A.W. bersabda
“Lalu dia mengajakku pergi dan aku mendapati kaum wanita yang dipikul payudaranya. Aku bertanya, “Ada apa dengan mereka?”. Ia menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya”.

Begitulah pentingnya kewajipan menyusukan anak menurut perspektif Islam dan betapa azabnya balasan bagi ibu-ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anak. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang ibu semasa buat check-up anak dan mereka terkejut saya masih fully breastfeed baby. Mereka dah lama stop sebab katanya leceh bila dah bekerja. Nak kena pump la. Jadi senang bagi formula je. Itu terpulanglah pendapat ibu masing-masing kan. Bukan hak saya untuk menilai orang. Tapi sabda Rasulullah di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa wajibnya ibu untuk berusaha menyusukan anak selagi mampu.
Bagi saya pengalaman pertama menyusukan anak adalah saat-saat terindah saya sebagai seorang ibu. Pertama kali menyusukan Irdina selepas bersalin, saat matanya memandang saya, memang menitis air mata. Ketika itu jugalah baru saya sedar dan faham betapa kasihnya ibu saya kepada saya kerana akhirnya saya sendiri dapat merasakan kasih sayang antara ibu dan anak. Perasaan kasih dan sayang itu akan sentiasa terbit setiap kali saya menyusukan baby.
Saya yakin semua ibu-ibu di luar sana juga akan akui antara saat-saat terindah buat seorang ibu adalah waktu kali pertama menyusukan anak kan. Terbit kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betul tak mommies?



LifeFit.my Hubungi Saya

Sakit Jantung?? Apa Alternatif Anda?


sakit jantung

Sakit Jantung?? Apa Alternatif Anda?

sakit jantungKesihatan adalah anugerah terindah. Apa gunanya berduit banyak tapi tidak sihat kan? Benar, kesihatan salah satu nikmat Allah yang paling berharga. Itulah yang saya dan suami rasakan bila ayah mertua disahkan mendapat serangan sakit jantung pertama dan salur darah di jantung disyaki tersumbat.
.
Selama ni nampak sihat je tapi bila doktor kata sakit jantung pertama, itu bagaikan ‘wake-up call’ untuk kami semua. Jadi, ayah mertua di rujuk ke Institut Jantung Negara bagi pemeriksaan lanjut untuk kenal pasti berapa salur darah yang tersumbat dan apa rawatan susulan.
.
Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi apa yang penting rawat sebelum parah. Jadi bila saja ayah mertua keluar dari hospital, saya dan suami sepakat berikan ayah mertua Set Kesihatan Jantung yang merangkumi Phytocol-ST, CoQ Health, Omega Guard dan Vivix.

sakit jantung
Ya lah, nak tunggu appointment dekat IJN tak tahu bila. Takut-takut keadaan makin teruk. Sakit di dalam mana kita nak nampak kan? Lagi bagus kalau secara semulajadi, ‘clot’ dalam salur darah tu dapat dihilangkan sebelum pemeriksaan IJN.
Jadi alkisahnya semalam 22 Julai, ayah mertua dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan. Jika tidak lebih dari 3 salur darah yang tersumbat, ayah mertua cuma perlu dimasukkan belon dan spring untuk luaskan semula salur darah (dipanggil ‘angioplasty’). Tapi jika lebih dari 3 salur tersumbat, ayah mertua akan dirujuk semula untuk menjalani pintasan jantung atau ‘bypass’.
Memang risau dengar. Lebih-lebih lagi dengan ‘bypass’. Sebab untuk menjalani ‘bypass’, jantung akan dihentikan dan mesin akan ambil alih fungsi jantung sepanjang pembedahan. Selesai semuanya, barulah jantung dihidupkan semula. Aduh… dengar memang rasa takut.
Pagi 22 Julai, ayah mertua jalani pemeriksaan dan akhirnya petang dapat khabar gembira. Alhamdulillah tiada lagi salur darah yang tersumbat. Semuanya dalam keadaan baik dan ayah mertua dibenarkan keluar wad. 
Syukur dengan Phytocol-ST, CoQ Health, Omega Guard dan Vivix, akhirnya ‘clot’ hilang secara semulajadi seperti yang kami harapkan.

Bagaimana setiap supplement itu berfungsi dalam merawat sakit jantung?

1. Phytocol-ST – Mencegah sakit jantung
    • Menghalang kolesterol dari makanan harian dari memasuki salur darah.
    • Bila kolesterol tidak boleh memasuki salur darah, risiko salur tersumbat adalah rendah dan risiko sakit jantung juga rendah.
2. Omega Guard – Menurunkan risiko sakit jantung
    • Menurunkan paras LDL (kolesterol jahat punca utama sakit jantung) dalam darah dengan cara meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) secara semula jadi.
    • Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan paling tulen dan pembekal HDL terbaik untuk atasi sakit jantung
3. CoQ Health – Menguatkan jantung
    • CoQ Health bekalkan enzim CoQ yang amat diperlukan oleh jantung untuk bekerja.
    • Tanpa enzim CoQ yang cukup, jantung jadi lemah dan mudah kena sakit jantung
4. Vivix – Melindungi jantung
    • Melindungi sel jantung dari penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah untuk fungsi jantung yang sihat dan elak sakit jantung. 
    • Satu-satunya produk kesihatan di pasaran yang membetulkan terus DNA dalam sel badan

Apa yang pasti, sakit jantung bukan lagi masalah orang tua sahaja. Orang muda juga boleh kena. Seperti arwah rakan yang meninggal dunia awal tahun dahulu kerana sakit jantung mengejut walaupun umur baru 26 tahun dan sangat aktif bersukan.
.
Jantung organ paling penting dalam badan kita. Umpama bateri bagi badan kita. Mati bateri maka putuslah hayat. Maka lindungilah jantung. Dan jika ibu bapa kita ada yang menghidap sakit jantung atau masalah berkaitan jantung, hadiahkan mereka Set Kesihatan Jantung ini. Bukan pilihan tapi itu adalah tanggungjawab kita untuk menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita dulu. Bertindak sebelum terlambat.
.
Kos untuk Set Kesihatan Jantung? Tidak sampai pun RM400 sebulan. Rasa mahal?? Tapi tahukah anda kos untuk ‘angioplasty’ di Malaysia boleh mencecah RM25,000 dan kos untuk ‘bypass’ jantung boleh mencecah RM50,000. Dan itu mungkin belum masuk kos follow up. Pekerja kerajaan dan pesara? Memang free atau subsidi besar. Atau ada insuran yang tanggung boleh dapat free. Betul. Tapi bagaimana dengan kos emosi pesakit dan keluarga terdekat? Dan mahukah anda menjalani banyak kali pembedahan hanya kerana tidak mahu mencegah?
.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi rawat sebelum parah. Kesihatan adalah anugerah terindah. Peliharalah anugerah Allah sebaiknya. Jika ibu bapa yang terkena, ini adalah tanggungjawab kita kepada mereka.
Untuk pembelian dan konsultasi hubungi saya Jamatol 0197504677 atau add saya di Facebook https://www.facebook.com/MatolChomey

10 Perkara Anda Ingin Tahu Mengenai ESP

10 Perkara Anda Ingin Tahu Mengenai ESP

Bila teringatkan ESP mesti ingat kulit cantik je kan. Padahal ESP mempunyai kebaikan yang sangat banyak. Kerana ESP adalah protein dan protein adalah kunci kepada kesihatan yang optimum. 



Kenapa anda perlu memiliki ESP ?Di sini saya sertakan 10 sebab mengapa anda perlu beli ESP. Mengapa anda perlu jatuh cinta dengan ESP.
Sebab 1: ESP boleh mencantikkan kulit, menyihatkan dan kulit tidak kusamMemang ini adalah favourite kepada kaum wanita untuk memiliki kulit yang sihat, tegang dan berseri. Sebab protein yang terkandung di dalam ESP akan memperbaiki sel-sel kulit yang tidak sihat ataupun rosak disebabkan pelbagai faktor seperti stress, pencemaran, pemakanan san sebagainya. Kerana pencemaran, pemakanan dan sebagainya. Sel-sel kulit akan bertukar selama 21 hari untuk memastikan sel sihat seterusnya kulit akan menjadi berseri dan cantik. 
Sebab 2 : ESP berindeks glisemik rendahApakah kepentingan berindeks glisemik rendah ni ? Sebab ia membantu gula kekal dalam darah so kita tidak rasa lapar. Dan disebabkan itu lah tenaga yang dibekalkan berpanjangan. Dan ESP dicadangkan mengikut dosage tertentu dan mengikut keadaan kesihatan seseorang.
Sebab 3 : ESP untuk turunkan berat badanSangat betul dan saya sendiri mengalaminya. Kerana ESP mengenyangkan dan memberikan tenaga. So akan mengurangkan selera makan. Apabila lemak-lemak dipecahkan menggunaka Set kurus, so ESP akan berperanan untuk membina otot selepas proses pembakaran. Dan kulit akan kelihatan anjal dan tidak mengeleber.
Sebab 4 : ESP tiada laktosaDalam kandungan ESP memang tanpa laktosa dimana proses penghadamannya yang tinggi dan diserap terus masuk ke dalam darah. Sebab akan cepat Nampak kesannya. 
Sebab 5 : ESP Shaklee mengekalkan isoflavePemprosesan mencuci soya dilakukan dengan menggunakan air bukan alkohol. Kerana dengan menggunakan alkohol boleh mendatang keraguan kepada orang Islam untuk mengambiknya. Selain itu alkohol akan menghilangkan komponen penting dalam soya iaitu isoflave yang membantu mencegah kanser payudara, prostat.
Sebab 6 : ESP mengandungi rendah lemakKandungan lemak adalah minuman iaiyu 1gm. Dan ia tidak mengemukkan sesiap yang mengambil malah ESP membantu menurunkan berat badan.
Sebab 7 : ESP mempunyai proses pensijilan tersendiri iaitu IPPShaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri iaitu dikenali dengan Identity Preserved Program (IPP) bagi memastikan genetic tidak berubah. Shaklee menguasahakan sendiri tanaman soya daripada benih hingga proses tuaian. So semuanya dalam kelas yang tersendiri. 
Sebab 8 : ESP adalah berasaskan soya non-GMONon-GMO iaitu soya yang tidak diubah genetiknya asal. Sebab itu Shaklee mengusaha sendiri penamaannya bagi mengawal keaslian soya itu sendiri. Soya yang telah diubah genetiknya memang akan memberi kesan pada masa yang panjang kepada tubuh manusia. Sebab itu ESP Shaklee selamat diambil oleh semua peringkat umur.
Sebab 9 : ESP soya yang menepati 7 kriteria pemilihan soya1. kacang soya itu perlu ditanam secara organik2. soya tersebut mestilah non-GMO3. mengandungi 9 asid amino yang perlu4. pembuatan soy isolate perlu dilakukan dengan air bukan alkohol5. bahan anti thyroid / anto growth substance perlu disingkirkan6. proses pembuatan soya tanpa perlu proses pemanasan7. soya tersebut perlu ditambah dengan dengan unsur kalsium.
Sebab 10 : ESP boleh disediakan bersama apa-apa minuman ataupun apa-apa caraBoleh minum ESP dengan minuman yang kain mengikut selera masing-masing. Tetapi tidak digalakkan dibancuh dengan kafein kerana ia akan memusnahkan khasiat soya itu sendiri. Pastikan anda memilih produk yang berasakan soya yang selamat dan berkualiti. Kerana terdapat lambakan produk soya dipasaran. So anda tidak perlu ragu-ragu dengan ESP Shaklee. 
Untuk maklumat lanjut boleh CALL / PM / WSSP0197504677
COD HULU LANGAT, CHERAS, KAJANG

Basic H Shaklee 1000 Kegunaan

Basic H Shaklee 1000 Kegunaan


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate
 
Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

CALL / PM / WSSP 
0197504677

COD HULU LANGAT, kajang, cheras, ampang

Saturday 20 September 2014

~ Mealshake Tidak Selamat untuk Kanak-kanak ~


Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:


~Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
~Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
~Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
~Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

jadi kenapa ada yang mengatakan mealshake tidak selamat untuk kanak-kanak?


isu 1:
mealshake shaklee ada maltodextrin 
isu utama yang dikatakan adalah mealshake shaklee mengandungi maltodextrin di dalamnya.jadi sebelum melalut/ meroyan menuduh mealshake tidak selamat kenelah cek dan tengok dulu apa itu maltodextrin

maltodextrin adalah bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickneker" atau "filler" tapi hakikatnya maltodextrin adalah sejenis karbohidrat comlpex yang biasanya diekstrak dari beras,jagung,kentang ,barli dan gandum.jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang.ia diekstrak dari makanan asas kita juga.ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti mealshake shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai  indexs glisemik yang tinggi.


memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan mengandungi indeks glisemik yang tinggi maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukarkan menjadi "glucose" di mana jika tidak digunakan oleh sel  badan,ia akan bertukar menjadi lemak.itu sahaja keburukkan maltodextrin makanya jika nak ambil makanan yang mengandungi maltodextrin yang tinggi ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu tubuh badan anda memerlukan sugar atau "glukose" dengan cepat dan maltodextrin boleh bekalkan kepada badan anda.


untuk info mengenai maltodextrin  anda boleh jenguk link ini- WHAT IS MALTODEXTRIN? dan IS MALTODEXTRIN BAD FOR YOU?.


isu 2 :kandungan gula "sugar" dalam mealshake shaklee:
isu kedua yang hangat diperkatakan adalah soal sugar  dalam mealshake.ia menjadi isu kerana di pelekat "ingredient pada mealshake ,tertulis untuk servings per 100 g ,mealshake shaklee membekalkan 47.1 g gula "sugar" yang agak tinggi untuk kanak-kanak.



ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100 g mealshake shaklee setiap hari.tetapi panduan pada botol mealshake shaklee sudah tertulis serving saiz yang dicadangkan hanyalah 34 g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula ..memang shaklee sendiri tidak suruh ambil 100 g sehari shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu persamaan 1/4 cup ..

jadi adakah mealshakee shaklee yang tidak selamat atau kita tidak ikut panduan makan yang betul?


isu 3:mealshake tidak sesuai untuk anak bawah umur 4 tahun atau 6 tahun?

jika di tanya kebanyakkan pengedar ramai yang akan jawab mealshake shaklee boleh diberi kepada anak berusia setahun ke atas.jadi isu ke 3 yang timbul adalah shaklee tidak pernah mengatakan yang ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun.apa yang anda harus tahu ,serving size 34g yang dicadangkan shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya belum matang.di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri.untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun jika mahu diberikan mealshake shaklee kita ada panduan  pengambilan yang khusus.panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang.

NAK tahu cara pengambilannya? sila hubungi pengedar shaklee anda.jika anda cutemer sy ,pasti sy akan berikan pada anda ;-).

tapi pada sy itu bergantung pada penilaian ibu ,jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan mealshake shaklee  yang betul mengikut umur anak anda,usah berikan kepada anak anda.tapi jika anda yakin ,pastinya mealshake shaklee untuk kesihatan harian anak anda.


jadi harapnya terjawablah isu melashake shaklee tidak selamat ni...pada sy terpulang pada ibu itu sendiri.

HUBUNGI SAYA
jamatol
0197504677

Shaklee Sokong Israel???




Sudah lama sebenarnya timbul isu Shaklee menyokong Israel, menyalurkan sumbangan kepada kerajaan Israel bagi membeli senjata-senjata yang digunakan dalam membunuh saudara Islam kita di Palestin.

MasyaAllah… itu ke sebenarnya yang dilakukan oleh Shaklee? Macam tu marilah kita sama-sama boikot produk Shaklee sebab jual produk Shaklee, beli produk Shaklee sama lah macam kita sendiri meletakkan tangan dalam penderitaan saudara Islam kita di Palestin.

Ikutkan hati malas nak ulas isu ni sebab kita semua manusia yang dianugerahkan mata untuk membaca, telinga untuk mendengar dan akal oleh Allah untuk berfikir, membuat pertimbangan dan membuat keputusan sendiri. Bukannya sekadar dengar cakap-cakap dan fitnah orang.

“Alaaa, memang la kau cakap macam tu sebab kau sendiri pengedar Shaklee”. Ya memang artikel ini dibuat atas kesedaran saya sebagai pengguna dan pengedar Shaklee. Maka tugas saya untuk didik pembaca yang mahu buka mata pada kebenaran tentang fakta sebenar.

Shaklee adalah sebuah syarikat nutrisi yang sudah wujud sejak tahun 1958. Ya, Shaklee berpusat di Amerika Syarikat, antara negara sekutu kuat Israel. Begitu juga negara jiran kita Singapura yang diberi jolokan Tangan Israel Asia Tenggara. Tapi berapa ramai rakyat kita yang melancong ke Singapura, menyumbang kepada pelbagai sumber pendapatan Singapura. Tidak mustahil kan ada yang disalurkan ke Israel atas dasar hubungan diplomatik erat Singapura-Israel?

Ini bukan tentang Singapura. Ini tentang Shaklee. Ya Shaklee berpusat di Amerika Syarikat. Seluruh dunia tahu Amerika sekutu kuat Israel. Tapi di manakah letaknya kedudukan Shaklee di dalamnya?

TIADA KAITAN

Kenapa? Sebab Shaklee adalah sebuat syarikat nutrisi yang memasarkan produk-produk kesihatan melalui pengedar. Jadi siapa yang dapat untung dari jualan? Ya memang ada bahagian Shaklee dapat tapi sebahagian besar pengedar sendiri yang dapat melalui bonus bulanan dan pelbagai insentif lain. Apa pengedar nak buat dengan bonus tu, itu terpulang kepada pengedar sendiri.

Apa yang Shaklee buat dengan bahagiannya? Salurkan pada Israel? Tidak, anda salah. Selain untuk urusan syarikat dan pekerjanya, Shaklee gunakan untuk penyelidikan produk. Shaklee menjalankan 100,000 ujian kualiti dan setiap bahan mentah yang digunakan perlu melalui 350 ujian berasingan. Itu yang Shaklee buat dengan duitnya. Bukan pergi salurkan pada Israel. Kerana itu juga, produk Shaklee sentiasa berubah, bertukar formula, ditambahan bahan baru. Semuanya hasil penyelidikan untuk pastikan kualiti produk terjamin dan produknya 100% berkesan.

Tidak salah untuk rasa musykil. Tidak salah untuk bertanya. Tapi salah untuk menyebarkan fitnah dan menuduh orang menyokong Israel hanya semata-mata menggunakan produk yang kilangnya bertapak di Amerika. Tidak mungkin kami para pengedar Shaklee sanggup teruskan jika benar kami turut menyumbang dalam penderitaan saudara Islam kami di Palestin.

Tapi apa yang pasti, dengan bonus yang kami terima itu kami mampu salurkan ke tabung-tabung untuk membantu saudara Islam kami di Palestine. Yang dok mencanang fitnah tu pun belum tentu menyumbang kan?

Di zaman sahabat dulu, Saidina Othman pernah membeli sebuah pergi dengan harga yang sangat mahal dari seorang Yahudi kerana itulah satu-satunya sumber air yang ada. Kemudian diwakafkan telaga itu untuk kegunaan orang ramai. Dari situ kita boleh lihat hatta nak membeli dari orang Yahudi pun tak salah. Tapi point utamanya itulah kelebihan berduit. Kita boleh gunakan semula untuk membantu saudara Islam kita.

Jadi bukalah mata. Gunakan kelebihan akal yang Allah beri untuk buat pertimbangan sendiri. Bukan sekadar dengar cakap orang dan tolong sebarkan fitnah yang tidak betul. Anda tidak mahu menjadi sebahagian dari Shaklee, itu hak dan pilihan anda.

Ayuh doakan keselamatan para pejuang Islam dan sudara Islam kita di Palestine, ayuh bersama menyumbang untuk meringankan penderitaan mereka di sana.

Aman Palestine
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922


Kredit to Master Aimi